Islam adalah agama yang diiktiraf disisi Allah s.w. dan kewujuduan agama suci ini hingga mampu menakluk dunia di zaman pemerintahan khalifah Islam adalah berdasarkan syumulnya ajaran yang dibawa junjungan besar, Muhammad s.a.w. Islam amat menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama antara muslim dan non-muslim. Islam juga adalah pegangan agama yang sentiasa menghidupkan wacana dialog terbuka dan membina.
Dalam menangani isu terbaru yang melanda umat Islam Malaysia khususnya yang berkait dengan kehadiran non-muslim dalam kawasan masjid, marilah kita menyingkap tirai sirah sebagai panduan. Sheikh ‘Atiyyah Saqr, bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar telah mengeluarkan pandangan beliau berkenaan isu itu dengan menyandarkan kepada terjemahan dan huraian ayat-ayat berikut.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini;…” At-Taubah:28
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci…” An-Nisaa:43
Mejoriti para Ulama’ termasuklah yang berpegang kepada mazhab Maliki, Shafi’e dan lain-lain menegaskan bahawa golongan yang menganut fahaman polytheist (percaya kepada pluralisme ketuhanan adalah diharamkan dari memasuki Masjidil Haram di Makkah. Manakala bagi penganut Kristian dan Yahudi pula, adalah tidak menjadi kesalahan. Mereka menyatakan bahawa fatwa ini terpakai bagai kawasan Masjidil Haram dan sekitarnya. Walaubagaimanapun, Imam Abu Hanifah pula berpandangan bahawa golongan polytheist juga dibenarkan masuk ke kawasan masjidil Haram selagi mana mereka tidak tinggal atau menetap di kawasan tersebut. Beliau menterjemahkan ’suci’ itu sebagai suci spiritualnya (bersih dari syirik) .
Imam Ahmad pernah menyatakan bahawa noon-muslim boleh memasuki masjid sekiranya dibenar oleh golongan Muslim. Hujah ini dikuatkan dengan sirah yang datang pada menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mengizinkan masyarakat Thaif yang pada ketika itu belum menganut Islam untuk tinggal di Masjid. Baginda juga pernah menerima kunjungan Kristian dari Najran di dalam masijid di Madinah. Malah lebih dari itu, pada datang waktu sembahyangnya , mereka melakukannya sambil mngarah ke timur. Pada waktu itu Nabi s.a.w berkata kepada pengiringnya ” Biarkan mereka (melakukan upacara sembahyangnya) .”
Pope Benedict melawat Masjid Hussin B. Talal, JordanImam Al-Bukhari, seorang perawi Hadis terulung dalam sahihnya bertajuk ” Seorang Polytheist Memasuki Masjid” menyebut bahawa Thamamah ibn Athal pernah diikiat di kawasan Masjid. Manakala dalam Fath al-Bari, Ibn Hajar menyatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat mengenai isu ini. Ulama’ bermazhab Hanafi membenarkan tanpa sebarang syarat manakala Ulama’ bermazhan Maliki melarangnya. Mazhab Shafl’i pula membezakan antara masjidil Haram dengan masjid-masjid lain. Ada pendapat juga menyatakan bahawa kebenaran hanya diberi kepada Ahli Kitab tetapi ini ditepis dengan kisah Thamamah di atas.
Pandangan yang tepat ialah bagi non-muslim memasuki masjid adalah ianya dibolehkan sekiranya ia tidak bertentangan dengan Syariah atau dengan keperluan yang munasabah. Sebagai contoh, jika golongan non- muslim perlu memasuki kawasan masjid bagi mendengar sesuatu yang boleh menggalakkan dan menyemai semangat bagi memeluk Islam dan sebagainya. Sebanarnya banyak hikmah dan kesan langsung yang mungkin; mereka dapat mendengar ucapan dan khutbah, alunan surah al-quran dan melihat bagaimana muslim bersolat. Oleh itu, jika terdapat non-muslim yang meminta keizinan untuk masuk ke dalam kawasan masjid bagi tujuan seperti disebutkan adalah tidak menjadi kesalahan selagi mana perilaku dan perbuatan mereka tidak mencemarkan institusi masjid dan dalam keadaan yang menutup aurat.
Berasaskan fatwa di atas, bolehlah kita katakan bahawa non-muslim termasuklah Kristian dan yahudi sekalipun adalah dibenarkan menurut syara’ untuk memasuki kawasan masjid dengan mematuhi beberapa syarat
: 1- Non-Muslim boleh memasuki masjid selain daripada masjidil haram di Makkah dengan kebenaran dan izin. 2- Mestilah mempunyai alasan dan sebab bagi memasuki kawasan masjid itu. 3- Mereka perlu menghormati adab-adab di dalam Masjid dan sentiasa beringat bahawa ia merupakan kawasan ibadat yang suci. 4- Lelaki dan perempuan yang memasuki kawasan masjid hendaklah menutup aurat mereka semasa berada didalam kawasan masjid.
Wallahu’alam
Sumber rujukan: 1) Al-Quran & As-sunnah. 2) Sahih Bukhari. 3) Fath Al-Bari. 4)Fatwa Sheikh Atiyyah Saqr (Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar).
www.norhizwan.wordpress.com

20/11/2009 at 4:06 pm Permalink
Semoga PKR menjadikan dasar perjuangan berlandaskan al-quran dan sunnah saw…………….Tukar dasar sediada. Ikut langkah PAS!!!! dan pejuang Islam yang lain utk memastikan daulah islamiyyah di Malaysia……..!!!!