10 November 2011

"Skandal NFC Bersabit Pertanggungjawaban Wang Rakyat, Bukan Soal Serangan Peribadi" - Zuraida

Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin
Parlimen Malaysia. 10 November 2011

"Skandal NFC Bersabit Pertanggungjawaban Wang Rakyat, Bukan Soal Serangan Peribadi"
 
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Seri Shahrizat Jalil yang akhirnya tampil memberi sedikit penerangan mengenai kontroversi membabitkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga beliau.

Keberanian beliau itu sedikit sebanyak meredakan kemarahan rakyat yang bingung dengan pelbagai kenyataan caca merba yang dibuat oleh pimpinan Barisan Nasional mengenai NFC setakat ini.
 
Namun, saya amat kesal apabila beliau turut membuat komen yang berbentuk peribadi dengan menuduh saya dan KEADILAN mahu merosakkan Wanita Umno dengan mendedahkan penyelewengan di NFC.
 
Isu pokok yang perlu diberi perhatian adalah soal pertanggungjawaban wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik keluarga beliau walaupun prestasinya tidak menepati sasaran.

Ia menyentuh nasib ribuan petani dan penternak yang lebih memerlukan bantuan dana oleh kerajaan berbanding syarikat keluarga beliau.

Skandal NFC menyentuh soal tata kelola kewangan negara yang lemah hingga wang rakyat dibelanjakan sesuka hati.
 
Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dan seorang pemimpin wanita untuk membawa isu ini supaya sebarang penyelewengan dapat dihentikan segera.

Saya langsung tidak mempunyai motif peribadi, saya hanya melaksanakan amanah yang dipikul.
 
Oleh yang demikian, saya berharap Dato' Seri Shahrizat Jalil juga kembali kepada amanah yang beliau pikul sebagai pemimpin wanita utama negara dan menerangkan sepenuhnya pelbagai pendedahan yang dibuat KEADILAN setakat ini.

Pendedahan-pendedahan ini masih belum dijawab dengan baik oleh mana-mana pimpinan Barisan Nasional.
 
Maka, tindakan terhormat yang perlu diambil oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil adalah dengan mengumumkan perletakan jawatan dari kerajaan dan berundur dari politik serta merta memandangkan KEADILAN masih ada beberapa bukti penyelewengan yang lebih besar yang belum didedahkan.

Hanya tindakan berundur diri oleh beliau yang boleh menyelamatkan maruah ahli-ahli Wanita Umno yang turut terpalit dengan skandal NFC ini.
 
Sekian. Terima kasih. 
 
Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments:

Anonymous said...

sebagai mp....xde 1 pun idea bernas yg kluar dr otak jumud kau wahai makcik....merepek2 & statement syok sendiri tu ada laa... ish2 mcm ni boleh jd mp.. dah la muka xdak nur langsung... heran aku cmne ampang yg maju tu leh dwakili oleh mp mcm makcik ni... agaknya ms pangkah hr tu dorang cuma skadar protes utk bn je kut n trpaksa pangkah makcik ni atas sebab2 tertentu yg bersifat sementara aja protesnya...takpa2...pru13 ni harap dorang boleh tebus balik kesilapan ... haih

The Wisely said...

Tahniah YB. Tugas dan amanah harus dilaksana sebaiknya. Harap YB trs bawa suara dan kehendak kami di Parlimen. Idea bernas? kalau nk tahu, bnyk idea dan gesaan ybz Shahrizat ciplak! Eg. 30 % quota corporate, pusat krisis wanita, kebajikan ibu muda ETC.

Anonymous said...

perasannyer...sikit2 ciplak...sikit2 ciplak...haih. apa ingat geliga sgt la tu makcik kesayangan dia tu...hehe

Anonymous said...

Apa macam zuraida mak lampir? Alahai dari elok2 tak kene saman ni nak kene saman plak? Pasal ilmu cetek bisnes abes kate kroni, salah investment. Ko mane tau pasal bisnes, kalu bagi kat ko NFC tak sampai 3 tahun bankrap sebab tumpu pada lembu je tak invest duit kat lain. Logik la macam bank bukan mengharapkan untung dengan pelanggan sahaja yang merupakan jangka panjang kerana loan rumah bayaran balik sehingga 30 tahun (lain la kalau mak lampir ada duit banyak boleh selesain loan rumah dalam masa 1 tahun je. dr mana dapat duit tu?), mereka membuat investmen dengan Forex dealing, farming dan sebagainya. Meh sini aku ajar buat bisnes sikit, dalam bisnes kene ada fixed asset and current asset. duit tu current asset, liquidity tinggi tp tak boleh tukar profit. kene cairkan ke aset tetap (fixed Asset). livestock kalau beli banyak tapi macam supply lebih dari demand tak terjual mak lampir oi! elok nk jual dlm 3 bulan mau sampai 3 tahun tak terjual beli lembu banyak2 tapi jualan kadar biasa. Kalau mak lampir zuraida jenis tiap2 ari makan lembu muka dan otak pun cam lembu, nasi pun tak makan boleh cakap la. Lembu sakit, kos makanan akan meningkat lebih dari ramalan kos operasi dan makanan. jadi lebihan duit apa nak dibuat? loan dengan kerajaan kene bayar mak lampir oi. ubah duit lebihan ke investment, dapat untung sikit ansur bayar kerajaan balik. sebab tu bila cakap pikir dulu, baru cakap. belajar dengan orang yang tahu bisnes. baca buku bukan duk sapu telor anwar je. kalau duk sibuk kata sharizat terlibat skandal ni mintak dia berhenti, kenapa tak suruh anwar tu jadi gentlement sikit skendel seks, liwat bukan sekali, tapi lebih 5kali! kalau kata anwar dianiaya dalam kes ni, samalah shahrizat pun dianiaya juga untuk menjatuhkan karier politik dia sama lah macam alasan yang kamu bagi bahawa anwar dianiaya dan perancangan menjatuhkan karier politik die.

Anonymous said...

Alo Umno. Panjang betol u kasi terang? lu igt kami rakyat bawah ni bodoh sangat ke? Corruption in still a corruption lor! Rakyat sudah benci Umno. Apa lu ckp pun tak guna! -Chan WK. Bukit Antarabangsa.

Anonymous said...

Chan WK. Bukit Antarabangsa, itu pasal lu bodoh sebab orang cakap betul lu cakap salah. orang cakap salah lu cakap betul. lu memang la bodoh. lu memang rakyat bawahan yang bodoh. yang lain tak bodoh sebab dia pikir bukan macam lu. lu bodoh apa tau? lu sudah mengaku ma! lu macam haiwan la tak pikir sebab apa org buat suma lu cakap tak betul. manyak lancau lau lu Chan WK. Bukit Antarabangsa bodoh. hahahahah

Anonymous said...

alo Umno! Lu bljr tinggi manapun tapi kalau bahasa mcm kera, talak guna! Semua Melayu Umno patut malu dapat saudara mcm Lu!-Chan, BA-

Anonymous said...

Sebaborang bodoh macam u tak perlu cakap baik2 sopan2 cakap berilmu pun sebab tak paham. Cakap betul suma lu cakap tak betul. Bila cakap keras baru paham sebab lu otak kera! Orang bodoh tak paham bila cakap bab ilmu sebab tu kene cakap keras baru die paham. hahahahah

Post a Comment