04 October 2011

Ucapan Aluan Ketua Cabang Ampang YB Zuraida: Perkuat Saf. P99 Ampang Mesti Dipertahan!

Ucapan Aluan Ketua Cabang Ampang YB Zuraida: "Perkuat Saf. P99 Ampang Mesti Dipertahan!"

Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang akan datang, pencapaian dan kesediaan kita untuk menghadapinya perlulah di tahap yang terbaik.

Pelbagai tarikh andaian pilihanraya diramal. Namun saya percaya, hakikatnya Perdana Menteri Najib sendiri tidak pasti bilakah tarikh yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Ini kerana beliau sendiri sedar bahawa kekuatan dan kesediaan jentera yang dimilikinya kini masih jauh dari di tahap yang memuaskan.

Tambahan, strategi dan pelan pilihanraya Najib sendiri sudah kucar kacir akibat tekanan demi tekanan dari Pakatan terhadap agensi yang telah disalahgunakan sebagai jentera pilihanraya Umno-BN - Kemas, Tekun dan JASA.

Sedia maklum bahawa Najib akan lakukan apa sahaja demi merampas kembali Selangor. Malahan, kerusi Parlimen Ampang sendiri disebut sewaktu Konvensyen BN Selangor baru-baru ini sebagai kerusi sasaran utama.

Serangan demi serangan terhadap setiap pimpinan Cabang mulai terusan. Fitnah demi fitnah terus menyusup. Segalanya bertujuan melemahkan semangat dan kekuatan kita di Cabang Ampang.

Akhir sekali, selaku Ketua Cabang, izinkan saya untuk peringatkan semua pimpinan. Jangan kita pernah leka dan berasa terlalu yakin.

Demi Rakyat, ayuh segera kita rapatkan saf. Demi Rakyat, ayuh segera kita ampuhkan jentera.

Bersama kita, bersedia, sebaris dihadapan untuk menghadapi apa jua serangan dan fitnah. P.99 Ampang mesti dipertahankan.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Cabang Ampang
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment