18 October 2011

'Pemerintah Tidak Harus Mencampuri Politik Desa'-YB Zuraida

'Pemerintah Tidak Harus Mencampuri Politik Desa'-YB Zuraida Kamaruddin

Hasrat membentuk sebuah sistem pengurusan yang strategik haruslah bermula dari pengukuhan hubungan diantara politik desa, negeri dan pusat.

Di dalam konteks ini, bermakna hubungan di antara Ketua Kampung, JKKK, Pimpinan Belia dan Komuniti, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat seharusnnya diperkuatkan.

Maka, keseragaman sistem pentadbiran dan mengurus itu adalah sangat penting agar setiap peringkat organisasi pentadbiran yang terlibat ini terus bertindak secara profesionalisma dan tersusun.

Secara tidak langsung, kesefahaman kerjasama di antara wakil rakyat, parti politik, NGO juga akan lebih erat dan dimesrai.

Hakikatnya, struktruk organisasi kampung dan desa ini seharusnya dikembalikan pada konsep asalnya, iaitu 'Self governing community concept' .

Secara historisnya, konsep ini telah dipraktiskan secara awal 1950an lagi, terutama dalam tradisi Minangkabau dan Jawa.

Perkara ini jelas telah dibentangkan oleh Prof. Ryaas Rasyid (2001) dalam sebuah seminar di Yogyakarta - seharusnya kerajaan tidak mencampuri urusan politik desa, namun cukup sekadar bertindak sebagai pemerhati agar segalanya bertindak secara adil dan tersusun.

Di Malaysia, kekangan dan tekanan oleh Kerajaan Pusat terhadap pimpinan politik desa sudah di tahap melampau. Namun, Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat mengambil pendekatan sebaliknya.

Pandangan dan hak setiap pimpinan desa dan komuniti tidak pernah dikesampingkan walaupun ada diantaranya tidak senada.

Inilah demokrasi pilihan Pakatan Rakyat. Permulaan sebuah demokrasi tulen dan politik baru harus bermula dari peringkat politik desa.

Harapan saya, agar bengkel ini dapat memberi suatu pendekatan standard cara kerja yang baharu, bermula dengan di peringkat kampung dan desa, seterusnya aturan sehingga ke peringkat Kerajaan Negeri dan Pusat. Insyallah.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

* Berikut ialah petikan ucapan YB Zuraida sewaktu Kuliah di Bengkel Strategik Pengurusan Desa, Hulu Selangor pada 13 Oktober 2011.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment