23 September 2011

Tinta YB : "3M Formula Meningkatkan Kualiti Hidup Wanita Malaysia" - Kak Zu (YB Zuraida Kamaruddin)

> Tinta YB : "3M Formula Meningkatkan Kualiti Hidup Wanita Malaysia" - Kak Zu (YB Zuraida Kamaruddin)
>
> Adalah menjadi satu penghargaan buat saya apabila diminta oleh wartawan Suara Keadilan, Sdra Dekin untuk menjadi pemula buat kolum baharu, Tinta YB ini.
>
> Setelah hampir 25 tahun berkebajikan, 14 tahun berpolitik dan hampir 4 tahun bergelar Ahli Parlimen, saya masih merasakan isu kualiti hidup wanita Malaysia sebagai keutamaan utama.
>
> Maka, alhamdulillah, idea "3M - Menteri, Minda Dan Maruah, Formula Meningkatkan Taraf Hidup Wanita" terus menerjah undang memberi ilham kepada isi penulisan saya ini.
>
> 3M-Menteri
>
> Realiti di Malaysia, peranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih jauh dari tahap pencapaian sepenuhnya.
>
> Ini amat mendukacitakan kerana kedudukan Menteri dan Kementerian itu sendiri penting sebagai penaung dan penggerak utama kepada sebarang pelan meningkatkan kualiti hidup wanita yang dirancang.
>
> Maka, Menteri itu sendiri harus benar-benar layak di kedudukannya dan bukan sekadar 'tangkap muat' semata-mata.
>
> Saya percaya, Menteri dan sistem kerja Kementerian yang sedia ada kini harus ditukar, dirombak dan direformasikan segera agar lebih berdaya dari sepatutnya supaya peranan Kementerian dapat diperluas dan diperkuatkan lebih dari sedia ada kini.
>
> 3M-Minda
>
> Streotasi peranan wanita hanya sekadar di ruang dapur sudah lama terkebelakang. Wanita Malaysia kini jauh lebih berdaya dan berdikari dari yang dianggap.
>
> Malahan, bilangan pelopor korporat di kalangan wanita juga terus bertambah. Inisiatif meningkatkan ekonomi secara berdikari ini harus mendapat pengiktirafan kerajaan. Anugerah pencapaian wanita harus diperluaskan ke semua bidang lain juga.
>
> Dengan ini, secara tidak langsung, sebuah organisasi wanita berminda daya saing dapat dibentuk.
>
> 3M-Maruah
>
> Menuju ke sebuah impian Malaysia sebagai negara maju, adalah amat malang apabila indeks tahap rasa selamat di negara ini masih dibawah graf minimum. Wanita di Malaysia masih merasa tidak selamat berjalan sendirian. Gangguan seksual masih berlaku secara terbuka, malah lebih memilukan tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan.
>
> Maruah wanita harus dimartabatkan di kedudukan yang sepatutnya. Hormat dan kasih pada wanita harus diterapkan dalam nilai kehidupan seharian.
>
> Demi Rakyat, apabila Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Persekutuan kelak, dengan guna pakai formula 3M yang dirangka, kualiti hidup wanita Malaysia akan lebih dimartabatkan agar lebih berdaya dan berdikari. Seiring dengan impian untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang lebih adil dan selamat buat wanita. Insyallah.
>
> Sekian. Terima kasih.
>
> YB Hajah Zuraida Kamaruddin
> Ketua Wanita Keadilan Malaysia
> Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Sent from my iPhone

0 comments:

Post a Comment