Ikuti perkembangan karier politik Zuraida Kamaruddin, program-program di Parlimen Ampang serta nukilan tentang isu-isu semasa.
29 August 2011
Ybz-Kemeriahan Aidilfitri, Kebangaan Merdeka dan Kesempitan Hidup (29 Aug 2011)
Kenyataan Media: Kemeriahan Aidilfitri, Kebangaan Merdeka dan Kesempitan Hidup (29 Aug 2011)
Sambutan Aidilfitri yang akan kunjung dan ketibaan Kemerdekaan Ke-54 kali ini merupakan suatu sambutan kesyukuran serentak yang cukup istimewa sekali, khasnya buat umat Islam di negara ini.
Disamping merafak jutaan syukur kegembiraan, hakikat tekanan dan kesempitan yang dihadapi kini tetap tidak boleh dilupa dan diabaikan.
Kenaikan harga barang yang terus melonjak, ditambah dengan kegagalan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Kabinetnya menyelesaikan krisis kenaikan harga barang membuatkan kemeriahan Aidilfitri kali ini disambut dalam suasana yang penuh tekanan dan kesempitan.
Kemeriahan Aidilfitri dan kebanggaan hari nasional 31 Ogos dirampas dek kerana ketidak cekapan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan belanjawan dan pentadbiran negara.
Maka, berbekalkan gelora patriotik 31 Ogos dan kemenangan Ramadhan, kami pimpinan Keadilan-Pakatan Rakyat akan terus komited dan sentiasa siap siaga untuk menghadapi pilihanraya, pada bila-bila masa, hatta selepas Aidilfiti ini pun.
Mewakili seluruh pimpinan Wanita Keadilan Malaysia, saya mengucapkqn salam Aidilfitri buat seluruh umat Islam dan selamat menyambut Kemerdekaan Ke-54 buat seluruh warganegara.
Sekian. Terima kasih.
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment