02 August 2011

Ybz-Keadilan dan Hak 380 Pekerja Dawama Harus Dibela. (2 August 2011)

Kenyataan Media: Keadilan dan Hak 380 Pekerja Dawama Harus Dibela. (2 August 2011)

Tindakan pihak pengurusan Dawama Sdn Bhd yang memberikan Notis Cuti Tidak Bergaji (Unpaid Leave) tanpa merujuk kepada Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Dawana adalah suatu yang amat tidak professional.

Amat membebankan buat sekalian 380 pekerja Dawama apabila sudahlah tidak dibayar gaji bulan Julai, dan kini diberi notis cuti tanpa gaji, yang juga tidak menetapkan tempoh sehingga bila berkuatkuasa.

Bersama dengan pimpinan Keadilan lain hari ini - YB Azmin Ali dan YB Abdullah Sani, kami mahu suatu keadilan buat pekerja Dawama. Usah biarkan pekerja-pekerja yang teraniaya ini terus tertekan dan terbeban untuk menghadapi Ramadham dan Aidilfitri yang juga akan menjelang tidak lama lagi.

Mewakili 80 pekerja-pekerja wanita Dawama yang teraniaya, saya menyokong usaha dan gesakan Persatuan Sekerja Dawama agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam isu ini.

Apa yang berlaku juga menunjukkan suatu bukti kegagalan dasar penswastaan oleh Kerajaan Pusat BN. Penjanjian antara Dawama-DBP-Kerajaan harus dikaji serta-merta agar nasib dan hak pekerja Dawama ini terbela.

Sekian. Terima kasih.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Social feeds:
1. http://www.twitter.com/@ybz99
2. http://facebook.com/ZuraidaKamaruddin
3. http://www.p99ampang.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 comments:

Anonymous said...

Apa yang YB Zuraida dah bela pekerja Dewama ini? Yang membuat tawaran terbaik adalah Menteri Sumber Manusia. YB Zuraida hanya terpekik terlolong, itukah caranya membela rakyat?

Anonymous said...

YB, tahun ni dah tak de lauk pauk untuk rakyat berbuka puasa lagi? Baru menang hari tu dibagi, bila lama sikit sudah lupa dengan rakyat?

Anonymous said...

Alhamdulillah, YB2 sanggup turun padang memperjuangkan nasib pekerja2 Dawama. Buktikanlah agar nasib mereka terbela, walaupun ini adalah angkara mereka2 yg mengambil kesempatan dgn rakus mengaut keuntungan demi kepentingan kaum dan kroni mereka.
Sudah tentunya bukan angkara K'jaan negeri S'gor atau Pakatan Rakyat!

Anonymous said...

Bantuan bonus hari raya untuk 1.27 kakitangan awam. Kerajaan Selangor bagi apa kepada pekerjanya ya? Yang ni tak nak diperjuangkan YB ke?

Anonymous said...

Umat Islam sokong JAIS dan Hassan Ali cegah murtad. YB Zuraida apa pendiriannya, diam je? Biasanya kalau meraung di jalanan adalah kepakaran YB.

Anonymous said...

8 Ogos 2011 jam 12.00 t/hari, satu perjumpaan telah diadakan antara MB Selangor dengan pemimpin2 DAP Selangor di Pejabat MB SUK, Shah Alam.

Kehadiran: Tan Sri Khalid Ibrahim, Tan Kok Wai, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, V. Ganathiroa dan Senator Ramakrishanan.

Tan Sri Khalid bersetuju untuk membina satu pusat kebudayaan Cina dan India di Kelang.

MB berjanji akan ambil alih tanah Yayasan Selangor untuk tujuan membina satu pusat kebudayaan tersebut.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan beberapa bidang tanah untuk membina sekolah Tamil dan Cina di Selangor.

Tahniah Kerajaan Negeri Selangor!

The Wisely said...
This comment has been removed by the author.
The Wisely said...

1. Tawaran Menteri Sumber Manusia diambil setelah gesaan ahli parlimen Pakatan.

2. Program edaran lauk pauk masih menjadi tradisi Parlimen Ampang setiap kali Ramadhan. Setiap hari akan ada edaran juadah tambahan di setiap kawasan yang berbeza di seluruh kawasan Parlimen Ampang.

3. Harus dilihat, CUEPACS mohon 2 bulan, tetapi kerajaan hanya beri 1/2 bulan. Tambahan, TS Khalid MB Selangor telah buat pengumuman bahawa setiap kakitangan awam negeri akan menerima bukan sahaja 1 1/2 bulan bonus, tetapi insentif. Ini adalah pakej bantuan kewangan hari raya yang lebih baik berbanding yang diberikan Kerajaan Pusat.

4. Adalah lebih berketepatan sekiranya isu murtad dan DUMC ini tidak diperbesarkan, sebaliknya diselesaikan secara matang dan musyawarah.

Anonymous said...

Hairan juga, dengar cerita YB selalu turun di tapak Pasar Malam. Tetapi peniaga di situ tertanya-tanya inikah ahli Parlimen Ampang? Kenapa ye jadi macam tu?

Isu murtad tidak diperbesarkan kerana PAS dah buang negara Islam sebaliknya Negera Berkebajikan!

Anonymous said...

Bukankah sememangnya ini permainan mereka (PR). Siapa cepat, dia dapat (publisiti dan persepsi membantu). Sebenar mereka tak bantu apa apa pun. Hanya hidu isu memebawa keuntungan politik atau isu isu yang boleh dimanipulasikan untuk keuntungan politik atau sengaja buat buatkan isu membawa keuntungan politik, pangil media - apa apa mediapun jadilah, pergi ke lokasi - berlakon! Janji - cepat! Maka orang kerajaan seharusnya bersedia untuk bersaing. Jangan bagi dia orang menang. Afterall kerajaan yang bagi bantuan atau arahan. Dan lakonkanlah juga (hanya jangan terlebih lakon). Barulah sedap dibaca, didengar, ditonton dan dipikir. Lu fikirlah sendiri...

Anonymous said...

Semalam 14 Ogos, Flat Taman Kosas telah mengadakan Program Mengagihkan bubur lambut. Tak sempat YB Zuraida nak menempel program dah habis. Begitu juga dengan Puteri UMNO Bahagian Ampang dapat habiskan 1000 bungkusan bubur lambut dalam masa sejam membahagikan bubur tersebut di hadapan bangunan UMNO Bahagian Ampang. YB Zuraida yang kelam kabut dengan keadaan itupun nak bagi lauk kat penduduk.

The Wisely said...

1. Pandangan saya, masalah pengundi tak kenal yb ni bukan hanya berlaku di Ampang, malahan di kawasan parlimen lain juga, tak kira sama ada parlimen di pihak Barisan atau Pakatan. Ini berkenaan kesedaran pengundi itu sendiri untuk usaha mengenali Ahli Parlimen mereka.

2. Umno Ampang adakan program edaran juadah di Taman Kosas sahaja, namun Keadilan Ampanbg telah adakan di seluruh 14 kawasan Ampang sejak Ramadhan pertama lalu. Lagipun, knp nak dibangga? Bukan kah berkhidmat demi rakyat itu peranan semua.

P/S: Bagus lihat semua berlumba-lumba mahu buat amal kebajikan di bulan Ramadhan ni.

Cybertrooper Umngok said...

Anonymous ni ngok kot...komen mcm budak2..kena byr brp ek satu komen?

Anonymous said...

putri umprono baru bagi bubur lambuk dah kecoh..aku tgk yb hari2 petang bulan ramadan bagi lauk gulai kawah lagi tak kecoh pun.....

Anonymous said...

Bagus kalau semua buat amal kebajikan tetapi YB kita ni menempel nak dapat nama saja walaupun program orang.

14 kawasan? Ye ke? Kat Taman Kosas hari tu YB teraba-raba nak bagi lauk tapi orang tak nak ambil. (Was2 takut kalau En. Nallan yang masak...wakakaka)

Anonymous said...

Bulan ramadhan tak baik Bohong! Sya ada d situ setngh jam berres

Post a Comment