Ikuti perkembangan karier politik Zuraida Kamaruddin, program-program di Parlimen Ampang serta nukilan tentang isu-isu semasa.
19 August 2011
YB Zuraida Sahut Cabaran KDN.
Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menyahut cabaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.
Sehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam (kanan), seperti yang dilaporkan hari ini.
"Ya, kita akan membuat laporan polis.
Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.
"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.
Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".
Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.
Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.
Sehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua Setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam (kanan), seperti yang dilaporkan hari ini."Ya, kita akan membuat laporan polis.
Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.
"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.
Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.
Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".
Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.
Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.
Sumber: Malaysiakini

7 comments:
Pendatang asing ini boleh menyokong BN tetapi masih tetap tidak boleh mengundi? Apa masalah YB Ampang ni?
Persoalannya bukan boleh undi atau tidak, tetapi kenapa skrip bersumpah tsb memasukkan akuan sokongan terhadap umno/bn.
akau tengok video sebelah..nak gelak pun ada. daha 4 kali ngudi ..tak pernah berlaku. ...BOHONG. kalau betui ..tunjuk BUKTI ..kalau setakat lakunan ...apa makna nya !
Skrip bersumpah mcm tu, YB Zuraida sendiri boleh bikin. YB Zuraida mula takut pada bayang2nya sendiri... kalah dalam PRU13... ahak!
JUST WAIT AND SEE.
KDN mahu saman? itu sudah bagus. biar semua story kasi tau rakyat!! hahaha..
Sy x fikir KDN berani nak saman ? sifir bn senang je...kenapa prog pemutihan dibuat sekarang..yg hampir nak pilihanraya ? sendiri mahu ingat la...sbb local dah kurang menyokong, so depa kena import pendatang untuk penyokong..pas tu kt leh lah panggil YB idonesia ke, bangla ke dsb.
Post a Comment