Ikuti perkembangan karier politik Zuraida Kamaruddin, program-program di Parlimen Ampang serta nukilan tentang isu-isu semasa.
29 July 2011
Ybz-Rosmah Terus Mencukur Negara! (29 July 2011)
Kenyataan Media: "Rosmah Terus Mencukur Negara!" (29 July 2011)
Respon kepada kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewaktu lawatannya ke Pokok Sena semalam, yang turut dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) 'Permata mahu lebih peruntukan' - saya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merujuk perkara ini ke sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya.
Ini kerana, peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata dalam Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.
Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan.
Beliau harus mengawal dan menghalang isterinya dari terus mencukur wang rakyat. Wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan pubkisiti dan peribadi - eg. beg tangan RM1juta dan cincin permata RM74juta.
Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam.
Laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian program Permata ini juga seharusnya dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambah baikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.
Sekian. Terima kasih.
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
Social feeds:
1. http:www.twitter.com/@ybz99
2. http:www.facebook.com/ZuraidaKamaruddin
3. http:www.p99ampang.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
5 comments:
Permata dapat bajet untuk anak2 rakyat pun YB bising. Bajet YB mana? Rakyat Ampang tak merasapun. Asyik dapat kat Wanita Penan je apahal! Baik YB bertanding kat Parlimen sana, senang sikit!
RM100,000 bajet Parlimen untuk setiap Parlimen Pakatan Rakyat disekat sejak Mac 2008. Selama ini Kerajaan Negeri Selangor yang bantu.
Lor, dah jadi ahli Parlimen pembangkang, takkan nak harapkan ehsan dari kerajaan BN pulak. Yang nyatanya rakyat Ampang la yang rugi!
Benar saranan YB waktu sidang Bajet Tambahan 2010 lalu bahawa seharusnya bajet Permata dialih pada KPWKM untuk elakkan pembaziran yang berterusan. Pelik, bagaimana suatu peruntukan tambahan boleh diluluskan tanpa menyemak laporan pencapaian dahulu?
anak rakyat dapat taik mata..bini najib dapat batu permata...aduhaiii rm 110 juta hangus...
Post a Comment