31 December 2010

Mesej Tahun Baru: Janji 100 Hari, Suatu Azam dari Pakatan Rakyat

KENYATAAN MEDIA KETUA WANITA KEADILAN


MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG


YANG BERHORMAT ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN


Menyedari hakikat tahun baru yang tiba, setiap warga Malaysia haruslah terus menanamkan sikap keadilan dan senantiasa menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan Berdemokrasi sebagai cara pilihan kehidupan yang adil dan sejahtera.

23 December 2010

Buku Jingga Menggugat Umno-BN, Menakutkan PM dan Menggentarkan TPM

Kenyataan Media : 22 DISEMBER 2010, RABU

Kenyataan PM Datuk Seri Najib Razak, TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin UMNO-BN lain berkenaan program 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat lalu dilihat seolah-olah ‘amat terdesak’ untuk menyembunyikan suatu kebenaran dari pengetahuan rakyat.

22 December 2010

Buku Jingga - Program 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat

Buku Jingga yang dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara yang disebut sebagai permulaan kepada reformasi iaitu:

20 December 2010

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2

Tahniah kepada Sekretariat dan Jawatankuasa Konvensyen Pakatan Rakyat kerana telah melaksanakan tugas dengan jaya dan begitu cemerlang.

Dengan pelancaran Buku Jingga, matlamat perjuangan Pakatan sudah jelas dan tidak perlu diragui lagi.

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!!

19 December 2010

Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Keusahawanan Sulaman Manik Ekslusif

Majlis Penyampaian Sijil Bengkel Keusahawanan Sulaman Manik Ekslusif di Zon Sg Sering, Ukay Perdana.

Moga bakat dan pengalaman 'alumni' bengkel dapat diperluaskan buat kebaikkan seluruh wanita. Kegigihan dan ketekunan wanita Kmpg Sg.Sering wajar dicontohi

Tahniah buat En.Latip Timbalan Ketua Cabang Ampang (merangkap Ahli Majlis Sg.Sering) atas penganjuran bengkel sulaman ini.

Wanita Berdaya Harapan Negara!!

18 December 2010

Perasmian Ranting Desa Lembah Permai, Ampang

Perasmian Ranting KEADILAN Desa Lembah Permai, Ampang.

YB Zuraida Kamaruddin bersama Jawatankuasa Ranting dan penduduk tempatan yang turut memeriahkan majlis.

Program “Back 2 School” di Lembah Permai, Ampang

Menghadiri Program “Back 2 School” di Desa Lembah Permai, Ampang.

Setiap ahli harus bersedia menjadi agen penyebar maklumat agar salahguna Bn-Umno terus didedah, demi membela hak rakyat marhaen.

Pakej 'Naik Harga 4 dalam 1 PM Najib' menekan rakyat, diharap bantuan dari Parlimen dan Kerajaan Negeri Selangor ini dapat meringankan beban yang dicipta Kerajaan Pusat.

15 December 2010

Utusan Malaysia Tidak Patriotik, Anti-Nasional


Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini berkenaan pendedahan WikiLeaks benar-benar amat mendukacitakan. Hebahan besar-besaran oleh Utusan ini secara tidak langsung telah memalukan negara dan mendedahkan kelemahan negara di serata dunia.

JK Belanjawan11: Kementerian Dalam Negeri

PERINGKAT JAWATANKUASA BELANJAWAN 2011


(KEMENTERIAN DALAM NEGERI)


1. PENINGKATAN 100% PEMBERIAN DAN KENAAN BAYARAN TETAP


Peruntukan Anggaran Asal Tahun 2010 hanya sebanyak RM13,454,400 (JUTA) namun telah meningkat sebanyak RM16,455,700 (JUTA), melebihi 100% pada Anggaran Perbelanjaan 2011 ini. Mohon Menteri  menjelaskan:

14 December 2010

JK Belanjawan11: Kem. Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

PERINGKAT JAWATANKUASA BELANJAWAN 2011


(KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT)



ISU PERHATIAN

A)     Perbelanjaan pengurusan KPWKM yang melampau.

B)      Barah sosial negara yang tidak berkesudahan

C)      Peminggiran hak komuniti masyarakat, waarga tua dan keluarga.

D)     Keperluan peruntukan RM 20 juta buat Azam Niaga, dan RM 30 juta buat Azam Khidmat?

E)      Mengapakah kelulusan dana RM 7 JUTA yang diluluskan buat Azam Kerja tidak direkodkan dalam dokumen Anggaran Kerajaan Persekutuan 2011

09 December 2010

Shahrizat dibidas buat kenyataan sinis

Bagaikan sudah menjadi kecenderungan, usul potong gaji dikemukakan sekali lagi pada Persidangan Dewan Rakyat dan kali ini giliran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

08 December 2010

Sifatkan PKR 'anti nasional': Najib 'biadap'

Sayap wanita PKR hari ini mengecam Datuk Seri Najib Razak kerana bertindak "biadap" atas tindakan perdana menteri itu yang menyifatkan pemimpin parti itu sebagai "sangat berbahaya dan anti nasional" dalam satu ucapannya pada hujung minggu lalu.

01 December 2010

Sayap Pemuda, Wanita PKR kekal

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini secara rasmi mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan sayap parti itu.