Sunday, August 1, 2010

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010

Posted by admin On March - 6 - 2010

Kemeriahan sambutan tahun baru Cina masih lagi terasa dibuktikan apabila ramai yang hadir bagi menjayakan program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Parlimen Ampang Tahun 2010.

Program yang bermula seawal 9 pagi, berhadapan bank CIMB Bandar Baru Ampang ini — turut  menarik pelbagai kaum bersama-sama menikmati juadah yang disediakan di samping mengeratkan hubungan sesama insan.

Kemeriahan program ini diserikan lagi apabila lebuh utama berdekatan dengan khemah acara digunakan oleh pelumba-pelumba basikal Le Tour De Langkawi. Ahli Parlimen Ampang, Puan Zuraida Kamaruddin juga berkesempatan memberikan semangat kepada pelumba basikal dibahu jalan laluan.

Turut sama menyertai program ini adalah Ahli Parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Saudara Azmin Ali.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Makluman Editor

P99Ampang telah pun mengalami pembaharuan memandangkan terdapat pelbagai masalah teknikal sebelum ini. Beberapa pembaharuan telah dibuat bukan sahaja melibatkan rupa [...]